Disember 2013, kami mula memikirkan tentang hijrah dengan lebih serius. Beberapa negara menjadi cadangan. Antaranya Kanada, UK, Australia dan New Zealand. Setelah membuat analisa ringkas, kami memilih New Zealand.
New Zealand kami pilih kerana proses permohonan yang agak telus. Boleh dilakukan secara terus kepada immigration New Zealand tanpa ejen. Mengambil kira kerja suami saya, New Zealand meletakkan kerja dalam bidang IT sebagai Skilled Migrant yang diperlukan di negara tersebut. Dengan faktor keselamatan anak-anak, pendidikan mereka dan keseimbangan kerja dan kehidupan sosial, NZ menjadi pilihan kami.
Namun, setelah membuat analisa dan kajian tentang proses memohon visa dan berhijrah, kami tahu ia bukan urusan yang mudah dan cepat. Paling awal kami akan mengambil 6-8 bulan untuk menyelesaikan segala -galanya dan ia boleh juga menjangkau tahun. Tapi, kali ini kami bersedia untuk menempuhinya dengan sabar dan satu persatu.
Banyak yang perlu dilakukan untuk berhijrah, persediaan untuk pergi, persediaan untuk meninggalkan negara dan barang-barang, persediaan untuk memulakan hidup di tempat orang.
Blog ini kami mulakan untuk menjadi panduan dan rujukan bagi mereka yang sama niat dengan kami. saya juga mendapat banyak informasi daripada blog-blog tentang mereka yang sudah pernah ke sana.
No comments:
Post a Comment