Thursday, December 26, 2013

persediaan pertama : EOI & IELTS

Untuk memohon visa, dalam kes kami Resident - Skilled MIgrant Visa, kami perlu terlebih dahulu menghantar Express On Interest (EOI). EOI boleh dibuat secara online atau mengisi borang dan menghantarnya kepada NZ Embassy. untuk pengetahuan , NZ Embassy tiada di Malaysia. yang terdekat adalah di Singapore.

EOI akan menentukan samada ada kita layak untuk memohon visa atau tidak. EOI dikira secara mata (point). Anda perlu mengisi maklumat tentang diri, pasangan dan ahli keluarga yang akan dibawa bersama. Melalui maklumat ini, markah akan diberikan. Sekiranya markah anda cukup seperti yang mereka kehendaki, EOI kita akan diterima. Maklumat-maklumat yang membantu memberikan markah buat anda ialah taraf pendidikan, pengalaman kerja, taraf pendidikan pasangan, surat tawaran kerja dari syarikat di NZ, pengalaman kerja di NZ, lepasan universiti daripada NZ dan banyak lagi. 

Kos untuk pemprosesan EOI ialah NZD510 secara online dan NZD6++ secara bertulis. Yuran ini untuk jangak waktu 6 bulan sahaja. Jika EOI kita tidak diterima dalam tempoh enam bulan, pemilihan akan dibuat bereterusan. Setelah enam bulan, jika EOI kita masih belum diterima, kita perlu memohon EOI yang baru dengan yuran yang baru.

Keterangan tentang EOI boleh didapati di sini : http://www.immigration.govt.nz/migrant/stream/work/skilledmigrant/linkadministration/formsandguideslinks/onlineeoiform.htm?level=2

Namun, sebelum menghantar EOI, peperiksaan IELTS (International English Language Test System) perlu diambil terlebih dahulu.

persediaan kami bermula

Disember 2013, kami mula memikirkan tentang hijrah dengan lebih serius. Beberapa negara menjadi cadangan. Antaranya Kanada, UK, Australia dan New Zealand. Setelah membuat analisa ringkas, kami memilih New Zealand.

New Zealand kami pilih kerana proses permohonan yang agak telus. Boleh dilakukan secara terus kepada immigration New Zealand tanpa ejen. Mengambil kira kerja suami saya, New Zealand meletakkan kerja dalam bidang IT sebagai Skilled Migrant yang diperlukan di negara tersebut. Dengan faktor keselamatan anak-anak, pendidikan mereka dan keseimbangan kerja dan kehidupan sosial, NZ menjadi pilihan kami.

Namun, setelah membuat analisa dan kajian tentang proses memohon visa dan berhijrah, kami tahu ia bukan urusan yang mudah dan cepat. Paling awal kami akan mengambil 6-8 bulan untuk menyelesaikan segala -galanya dan ia boleh juga menjangkau tahun. Tapi, kali ini kami bersedia untuk menempuhinya dengan sabar dan satu persatu.

Banyak yang perlu dilakukan untuk berhijrah, persediaan untuk pergi, persediaan untuk meninggalkan negara dan barang-barang, persediaan untuk memulakan hidup di tempat orang.

Blog ini kami mulakan untuk menjadi panduan dan rujukan bagi mereka yang sama niat dengan kami. saya juga mendapat banyak informasi daripada blog-blog tentang mereka yang sudah pernah ke sana.